Isnin, 3 Oktober 2011

Seronoknya Melancong ke Tanah Tinggi Cameron








Cameron Highland atau Tanah Tinggi Cameron merupakan sebuah pusat perniagaan tanah tinggi yang terkenal di semenanjung Malaysia. Cameron Highland terletak di barat daya negeri Pahang, sebuah negara yang kaya dengan khazanah hutan semulajadinya.Cameron Highland terletak setinggi 1,829 meter dari aras laut dan mempunyai bersuhu antara 10 darjah celcius hingga 20 darjah celcius. Keindahan Cameron Highland pastinya akan memukau hati sesiapa sahaja yang berkunjung ke sana.


MUKA BUMI
Pengunjung boleh ke sini dari Tapah, Perak. Jalan dari Simpang Pulai, Ipoh juga boleh sampai ke Cameron Highlands. Dari Kampung Raja kita boleh pergi ke Gua Musang di Kelantan. Dari Tapah, anda akan temui air terjun Lata Iskandar.
Secara keseluruhan Cameron Highlands merupakan kawasan tanah tinggi yang paling menarik di Malaysia. Keindahan di Blue Valley Tea Estate, Gunung Brinchang, Tringkap dan petempatan Orang Asli Sungai Ruil cukup memukau. Ladang yang menghijau dan indah ini diusahakan oleh Sungai Palas Boh Tea Plantation. Lain- lain tarikan ialah Wild Orchid Farm, Green Farm, Rose Valley Village, Butterfly Farm, Butterfly Garden, Kea Valley, Strawberry Farm, rumah rehat dan padang golf.
Di puncaknya terletak Balai Polis Cameron Highlands dan Balai Bomba Cameron Highlands. Di sini juga terletaknya Gunung Beremban, Gunung Jasar, Gunung Perdah, dan Air Terjun Robinson. Lain-lain lokasi ialah Ringlet dan Kampung Lembah Bertam Stesen Janakuasa elektrik Cameron Highlands berfungsi sebagai pembekal elektrik.


SEJARAH
Cameron Highland mendapat namanya setelah seorang pegawai Inggeris iaitu William Cameron menemuinya pada tahun 1885 ketika sedang membuat tinjauan pemetaan.

KEISTIMEWAAN
Selain menjadi sebuah pusat peranginan, Cameron Highland juga terkenal dengan pengeluaran hasil tanaman seperti teh, buah-buahan, sayur-sayuran dan bunga-bungaan yang bermutu tinggi dan ada yang jarang didapati ditempat lain. Ini kerana keadaan cuaca yang sejuk dan segar amat sesuai untuk tanaman-tanaman tertentu sahaja contohnya daun teh, bunga-bunga seperti bunga teluki dan buah strawberry. Tumbuhan iklim hawa sederhana juga boleh ditanam di kawasan ini. Di sini juga terdapat sebuah petempatan orang Melayu yang pertama di Cameron Highlands, Kampung Taman Sedia merupakan sebuah kampung yang terletak di lembah antara Tanah Rata dan Brinchang menawarkan pakej penginapan 'Homestay' untuk para pengunjung.
Sekiranya anda gemar memandu kereta, jangan lepaskan puluang untuk memandu di Jalan Gunung Brincang kerana jalan tersebut adalah jalan raya yang tertinggi di Malaysia.

PEKAN
Daerah Cameron Highland terdiri daripada sembilan pekan dan kampung :
  1. Ringlet
  2. Lembah Bertam
  3. Tanah Rata
  4. Brinchang
  5. Kea Farm
  6. Tringkap
  7. Kuala Terla
  8. Kampung Raja
  9. Blue Valley

TARIKAN PELANCONG
  • Taman bunga : Cactus Point 500 meter dari Kea Farm
  • Ladang Teh : Ladang Teh BOH, Bharat Tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea
  • Kebun Sayuran : Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.
  • Taman bunga : Rose Centre, Rose Valley.
  • Kebun Buah Strawberry
  • Taman rama-rama
  • Tokong Sam Poh di Brinchang
  • Jungle Trekking
  • Pasar sayur dan Pasar malam
  • The Smoke House, The Lake House, Strawberry Park
  • Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.

HOTEL 
Bala's chalet
  • Heritage Hotel
  • Century Pines Resort
  • Equtorial Hill Resort
  • Rosa Pasadena
  • Casa De La Rosa
  • De La Ferns
  • The Smoke House
  • The Lake House
  • Iris House
  • Star Regency
  • Rainbow Hotel
  • Shahzan Inn
  • Strawberry Park Resort
  • Cameron Highlands Resort (sebelumnya Merlin Inn Resort)
  • Hillsview Hotel 
  • Kavy Hotel (Budget Hotel)
  • Sri Pahang House
  • Ye Olde Smokehouse
  • Shal's Apartment
  • Parit Falls
  • New Garden Inn, Tanah Rata
  • Father's Guest House
  • Heritage Hotel
  • The Cool Point Hotel
  • Lakehouse House
  • Kalai Villa Apatment (Tanah Rata)


Ladang Teh : Ladang Teh BOH, Bharat Tea, Sungai Palas Boh, Blue Valley Tea



    Taman bunga : Cactus Point 500 meter dari Kea Farm

    Taman bunga : Rose Centre, Rose Valley.



    Kebun Buah Strawberry

    Kebun Sayuran : Terdapat di kebanyakan kampung seperti Kea Farm, Tringkap dan Kuala Terla.


    Taman rama-rama


    Pasar sayur dan Pasar malam



    Homestay Kampung Taman Sedia, Tanah Rata.


    KARANGAN JENIS FAKTA 
    Panduan penulisan .
    1. Karangan jenis fakta memerlukan murid menulis fakta yang benar tentang sesuatu tajuk.
    2. Karangan jenis fakta tidak mempunyai format penulisan yang khusus.
    3. Cara penulisan mengikut urutan:
               * pendahuluan,
               * isi-isi penting, dan
               * penutup

         4.  Tidak memerlukan gaya bahasa yang kreatif.
         5.  Isi karangan perlu dihuraikan dengan disertai contoh yang berkaitan

      CONTOH KARANGAN
     
      Tulis sebuah karangan tentang usaha-usaha untuk menarik pelancong dalam dan luar negara.

     RANGKA KARANGAN
      Pendahuluan
    • Pengenalan Tahun Melawat Malaysia.
    • Contoh tempat-tempat pelancongan.
      Isi-isi
    • Meminati destinasi dalam negara.
    • Peranan media masa.
    • Memelihara alam sekitar.
    • Kemudahan pusat penginapan.
    Penutup
    • memerlukan kerjasama semua pihak 
    • melahirkan masyarakat yang cintakan keindahan negara sendiri.





    Sebelum kita meneruskan lagi, mari kita merehatkan minda sebentar dengan menonton video ini..


       KARANGAN LENGKAP
           Kerajaan Malaysia telah melancarkan satu dasar bagi membangunkan ekonomi negara, iaitu Tahun Melawat Malaysia.  Dasar ini diwujudkan untuk menggalakkan pelancong tempatan dan pelancong asing agar mengunjungi ke detinasi-destinasi pelancongan di Malaysia.
           Terdapat banyak destinasi yang menjadi tumpuan pelancong di Malaysia, seperti Bandar Melaka, Tanah Tinggi Cameron dan Gua Niah di Sarawak.  Ini kerana negara kita ini kaya dengan tradisi dan budaya yang menarik di samping alam semulajadi yang indah.  Pelancongan di pinggir pantai juga amat popular dalam kalangan pelancong. Tempat-tempat seperti Tanah Tinggi Cameron dapat menambat hati pelancong kerana keindahannya yang bukan setakat indah khabar dari rupa.
            Kita sebagai warganegara yang patriotik bertanggungjawab dalam menjayakan visi ini. Rakyat tidak harus mengagung-agungkan kelebihan destinasi pelancongan di negara lain, bagai "kera di hutan disusui, anak di rumah kebuluran", kerana tidak dapat dinafikan bahawa tempat-tempat di Malaysia dapat menandingi negara lain. Rakyat haruslah mengubah pandangan mereka dan menyokong negara sendiri dengan sepenuhnya. Semasa percutian, kita boleh mengunjungi tempat-tempat yang terkenal di Malaysia supaya dapat mengenali tanah air sendiri dengan lebih dekat lagi.
            Di samping itu,media massa juga boleh memainkan peranan yang efektif dalam mempromosi destinasi pelancongan di Malaysia.Media massa di Malaysia juga boleh bekerjasama dengan media massa di luar negara untuk menyiarkan iklan tentang pelancongan di Malaysia. Cara ini amat berkesan terutamanya dalam menyebarkan informasi tempat istimewa di Malaysia untuk menarik minat pelancong asing.
              Selain itu, kerajaan boleh menyempurnakan kemudahan insfrastruktur bagi menggalakkan kedatangan pelancong asing ke negara ini. Kerajaan boleh membina lebuh raya yang lebih banyak di samping mempertingkatkan taraf sistem penerbangan Malaysia. Oleh yang demikian, tahap keselesaan dapat dipertingatkan dan pelancong akan mendapati bahawa kunjungan mereka ke Malaysia amat menggalakkan.
            Bukan setakat itu sahaja, Jabatan Alam Sekitar harus mengambil inisiatif dalam memelihara alam sekitar di negara kita. Usaha drastik dalam mengurangkan pencemaran alam sekitar harus dilakukan supaya imej negara tidak tercalar di mata pelancong. Hal ini penting bagi memastikan flora dan fauna tidak mengalami kepupusan supaya pelancong akan berasa seronok apabila menjumpai spesis yang hanya boleh didapati di nagara Asia Tenggara seperti bunga Refflesia. Ini dapat memajukan sektor ekopelancongan di Malaysia.
            Tambahan pula, kemudahan pusat penginapan yang mencukupi juga dapat menyumbang kepada perkembangan sektor pelancongan Malaysia. Lebih banyak hotel dan 'chalet' bertaraf antarabangsa harus dibina bagi mewujudkan keselesaan pelancongan sepanjang penginapan mereka di Malaysia. Bukan itu sahaja, bayaran yang dikenakan juga haruslah berpatutan untuk menjamin imej negara yang memuaskan.
           Sebagai intiha, rakyat wajarlah berganding bahu dengan kerajaan dalam usaha mempromosikan destinasi pelancongan Malaysia yang indahnya tiada tandingan.  Demi memantapkan ekonomi negara dan menyokong usaha kerajaan, marilah kita bersama-sama melancong di Malaysia yang pasti akan meninggalkan kenangan yang indah dan berpanjangan.      

      LATIHAN
      1. Tulis sebuah karangan tentang faedah bersukan.
      2. Tulis sebuah karangan tentang usaha-usaha menyemaikan amalan menabung dalam kalangan murid.

      CONTOH KARANGAN
      CATATAN : 
      Suatu gotong-royong telah diadakan untuk membersihkan kawasan sekolah kamu.  Tulis catatan tentang perjalanan gotong-royong tersebut.
      RANGKA KARANGAN
      Pendahuluan
      - nyatakan tarikh dan masa berlakunya peristiwa
      Isi-isi
      - pendaftaran untuk gotong-royong, diberi kupon untuk makanan
      - taklimat tentang gotong-royong oleh Guru Besar
      - pembahagian tugas dan peralatan
      - kerja gotong-royong bermula
      - keadaan sekolah bersih
      Penutup
      - aktiviti gotong-royong berakhir, bersurai.

      KARANGAN LENGKAP
      18 Ogos 2011
      8.00 pagi  
      Semua murid dan guru yang terlibat dalam gotong-royong mendaftarkan diri dengan urus                        
      setia badan penganjur gotong-royong. Kupon untuk makanan dan minuman diberikan.
      8.20 pagi 
      Taklimat ringkas disampaikan oleh Guru Besar tentang matlamat gotong-royong.
      8.45 pagi  
      Semua peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan mengikut tugas.  Mereka mengambil                     
      alatan dan perkakas seperti cangkul, sabit, pongkes dan penyapu.
      9.00 pagi
      Gotong-royong bermula.  Guru-guru dan murid-murid kelihatan mesra dan gembira sambil melakukan kerja-kerja membersihkan sekolah.
      10.30 pagi
      Peserta berhenti untuk rehat dan minum pagi.  Jamuan diadakan di dewan sekolah.
      11.15 pagi
       Gotong-royong diteruskan.  Banyak sampah sarap yang dapat dipungut dan dimasukkan ke  dalam lori untuk dibuang.  Keadaan kawasan sekolah kelihatan bersih dan kemas.
      1.00 petang
      Gotong-royong berakhir.  Sebelum balik, setiap peserta gotong-royong dijamu dengan makan tengah hari.    
      1.45 petang
      Majlis bersurai. Kesemua orang yang terlibat dalam gotong-royong berasa lega dan berpuas hati melihat kebersihan sekolah.

      LATIHAN
      1.  Kamu baru sahaja berpindah ke sekolah baharu.  Tulis catatan tentang hari pertama kamu di sekolah
            tersebut. 
      2.  Suatu pertandingan lukisan telah diadakan di sekolah kamu.  Tulis catatan tentang pertandingan yang
            diadakan itu. 

      TEKNIK PENYAMPAIAN KARANGAN YANG BAIK
      1.     Memilih tajuk karangan yang sesuai dan tepat.
      2.     Memahami kehendak soalan.
      3.     Memahami format penulisan yang betul.
      4.     Menyediakan rangka karangan;
              -pendahuluan, isi-isi penting dan penutup.
      5.     Menulis karangan.
      6.     Menyemak karangan dari segi;
              - isi yang cukup dan sesuai, struktur yang betul, ejaan yang betul,
                 tanda baca yang betul, imbuhan yang betul dan format penulisan.

      CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK
      1     Pendahuluan yang sesuai dan menarik.
      2.     Isi yang mencukupi dan dihuraikan dengan sempurna.
      3.     Pembahagian perenggan yang sesuai.
      4.     Contoh berkaitan dengan isi.
      5.     Kelancaran bahasa.
      6.     Penutup yang sesuai.

      PENULISAN BAHASA MELAYU
      1. Bahagian A : Menulis ayat berdasarkan gambar.
      2. Bahagian B:  Karangan Umum
      3. Bahagian C:  Menyatakan nilai, pengajaran atau amalan baik.

      KARANGAN BAHAGIAN C - MENYATAKAN NILAI
      Contoh Soalan
      Tulis lima nilai murni yang dapat kamu peroleh daripada petikan di bawah ini.  Panjang jawapan kamu mestilah tidak lebih daripada 50 patah perkataan.  Tulis jawapan kamu dalam satu perenggan.

           Encik Hamdi memiliki syarikat pengeluar makanan sendiri.  Syarikat itu dimulakansecara kecil-kecilan sahaja. Kini, syarikat ini merupakan salah satusyarikat pengeluar makanan bumiputera yang terbesar di negara ini.  Semua itu direalisasikan melalui kesungguhannya dan kerjasama ahli keluarganya.  
           Semasa hendak membuka syarikat itu dahulu, Encik Hamdi membuat pinjaman daripada keluarganya.  Wang yang dapat dipinjam daripada ahli keluarganya hanya RM 50 000 sahaja.  Apabila dicampur dengan wang simpanannya, jumlah wang yang terkumpul ialah RM 80 000.  Dengan wang sebanyak itulah dia membuka syarikatnya.  
           Syarikat itu dikendalikannya dengan sepenuh jiwa raganya.  Kadang-kadang, dia bekerja hingga 12 jam sehari.  Sepas dua tahun, syarikatnya mula mencatatkan keuntungan besar.  Dia membayar semua hutang ahli keluarganya.  Sebagai tambahan, dia telah membiayai perbelanjaan ahli keluarganya itu untuk mengerjakan ibadat umrah di Makkah.

      Contoh jawapan.
      Nilai murni ;
      1.   gigih berusaha
      2.   bantu membantu
      3.   berjimat cermat
      4.   kejujuran
      5.   mengenang jasa

      Jawapan lengkap.
           Kita mesti mengamalkan nilai kegigihan dalam perniagaan.  Nilai bantu membantu membolehkan seseorang menjayakan impiannya.  Nilai berjimat cermat pula membolehkan kita membuka perniagaan.  Membayar pinjaman yang dibuat memperlihatkan kita memiliki nilai kejujuran.  Membiayaai saudara-mara ke Makkah menunjukkan kita mengenag jasa.

                                      Selamat mencuba.

            Satu dua tiga empat
              Lima enam tujuh lapan
              Ditubi-tubi sampai dapat
              Bila dapat maju ke depan.
           
       
      Tempelate Designed by Lettha|Copyright-2011|Protected